Sunday, November 27, 2016

Tabiat baru

Assalamualaikum.

Sunday. 
Masih dalam hibernation mode.
Bangun pagi. Pergi pasar. 
Perkara ini mungkin boleh termasuk dalam keajaiban dunia sebab Arina memang jarang pergi pasar.
So pergi pasar hari ini sebab ada target baru.
Apa dia?
Target nak masak sendiri sepanjang minggu ni untuk dinner. Hahah. Rasa macam nak gelakkan diri sendiri sebab sangat jarang masak kat rumah. Bukan tak reti masak, just..malas. Pastu selalu rasa makan kedai lebih kurang je dengan harga masak sendiri. Tapi lately terasa harga makan di kedai semakin meningkat. Seiiring dengan peningkatan kolesterolku. Huhu. Jadi tujuan impian yang ini adalah untuk berjimat dan juga masak makanan sihat.
Encik tunang cadangkan untuk post apa yang saya masak dalam blog ini. Menarik juga. Boleh consider. Mari memasak gaya ringkas (dan malas) Arina. Haha

Grocery hari ini;
Ikan kembung 7 ekor: RM5.00
Sayur salad, tomato, terung: RM5.00+
Vico 500g: RM15.60 (untuk diminum dengan ESP Shaklee waktu sarapan pagi)
Ayam 5 ketul sederhana: RM6.00+
Bawang merah: RM3.00

So untuk sarapan dah settle, VICO+ ESP. Untuk tenaga dan kecantikan kulit. Eheh. Promote pulak. Tapi seriously rasa kulit better bila konsisten minum ESP. Target beli sebenarnya untuk tenaga. Sebab selalu fatigue masa kerja. Minum ESP rasa better. Eventually kulit pun rasa better. Dua minggu tanpa pencuci muka pun takde hal. Takde jerawat naik. Selalu sehari dua tak ada pencuci muka mesti dah macam apa. Boleh la kot lepas ini repeat. So kena la jimat benda-benda lain kalau nak maintain minum ni. 

Untuk lunch, makan kat kantin ofis je. Malas nak bawak bekal. Kecah-kecah nak basuh Tipuware bagai. Haha. Nauzubillah pemalas. Next time lah kan. Bila dah improve target yang aku plan hari ini, which is untuk masak untuk dinner je. InsyaAllah. Semakin hari semakin baik. Itu yang kita harapkan. Jyeahh.

Dinner. I need it. Pernah dulu selalu skip dinner. Konon makan malam tak sihat. Tapi sebenarnya bila tak makan lagi sakit. Darah rendah sampai pening-pening. So takpelah gemuk sikit tapi sihat. Lol. Makan malam wajib bagi aku.

Dinner plan:
Ayam grill
Ikan bakar
Sambal belacan
Terung balado
Sayur tomato/salad

Ha. Menu sihat katako. Jauh lebih sihat daripada benda aku makan sehari-hari sekarang ni. Dengan ini jugak harapnya kolesterol menurun dengan mendadaknya. Amin. 

Remark: Those youngsters out there, you gotta check your cholesterol level. Macam saya, ingat tak lah tinggi sebab muda. Padahal nauzubillah tinggi. Macam makcik-makcik 40an. Nasib baik check and start control. Kalau tak check teruskan makan kepci, pizza, telur goreng and ikan bilis goreng hari-hari, mau mati mengejut kena stroke. Ohoh.

So berbalik kepada target minggu ni, so lepas ni kos untuk makanan untuk 5 hari would be:
Breakfast:RM0
Lunch kat kantin ofis: RM5 X 5: RM25
Dinner masak sendiri: RM3 (Ayam/Ikan + Sayur) X 5: RM15
Total: RM35 seminggu. 

Waww. Murahnya. Yeke boleh camni?
So we wait and seee.. HAHA

OK. target yang ni dulu. Start small. Benda yang kecil-kecil ni lah yang akan membuat perubahan kepada perkara yang lebih besar kan?

OK. That's all for now
Assalamualaikum.

Post a Comment