Selama ini, aku selalu negatif pada diri aku sendiri. Tapi sekarang seiring dengan peningkatan usia, aku tahu aku tidak boleh selamanya begini. Negativity itu memakan diri. Membentuk diri secara tidak sedar ke arah apa yang difikirkan. Bila negativity itu datang, apa sebenarnya? apa puncanya? Ada perkara kita belum settle dengan Allah. Mungkin pada masa itu kita tidak khusyuk dalam solat, tidak istiqamah menjaga mutabaah amal, sewaktu itulah syaiton membisik-bisik dalam hati melemahkan peribadi.
Tujuan lain membentuk diri positif adalah untuk memujuk, mempositifkan orang lain. Sebab kita semua manusia, ada kala kita kehilangan fokus untuk positif atas setiap ketentuan. Jadi kena selalu memperingatkan. Kalau kita tak selalu kekal positif, macam mana kita nak pujuk orang supaya positif? Both positive and negative are contagious ya know.
Ini ujian untuk aku kala ini.
Solusi,
1. Kena settle dengan Allah. First, sebab lama tak bangun tahajud. Setiap malam terjaga je, tapi selalu terjaga pukul 3, 4 pastu rasa cam 'awal lagi'.. Lepas tu tidur balik. Bajet nak bangun pukul 5.00 am katanya.. Astaghfirullah. Mungkin dosa di pagi hari menyekat aku daripada bangun tahajud. Dapat bangun tahajud tu nikmat yang sangat best. Rasa hati dijernihkan semula. Ya Allah, berilah kekuatan pada hambaMu ini. Kalau dapat tahajud rasa all day like weee~~ seronoknya.. Rasa macam Allah sayang. Solat tahajud, lepas tu solat taubat untuk mintak taubat pada Allah sebelum kita meminta hajat-hajat yang lainnya. Sebelum kita meminta pada Allah, kita bertaubat dulu, itu adabnya.
Kita selalu meminta hajat-hajat duniawi, memang tak salah. Tapi lebih baik melebihkan hajat-hajat untuk kehidupan yang baik di dunia yang kekal, iaitu akhirat sana.
Kita selalu meminta hajat-hajat duniawi, memang tak salah. Tapi lebih baik melebihkan hajat-hajat untuk kehidupan yang baik di dunia yang kekal, iaitu akhirat sana.
2. al-Mathurat. Dalam Al-Mathurat kan ada ayat doa supaya dijauhkan daripada sifat buruk, dijauhkan daripada kesedihan. Jadi, put your heart into it. InshaAllah.. He will grant you..
3. Taha ayat 1-5 untuk memperbaiki hablumminnas. Mudah-mudahan, inshaAllah.
No comments:
Post a Comment