)
Scene #1
Blogger pemalas! Baik tak payah buat blog
kalau malas nak update blog! Walao. Begitulah kot tohmahan
manusia-manusia itu sementelahan kehilangan aku daripada blogosphere
berminggu-minggu. Ececeh. Macam kau ni penting je kan ? Padahal, ibarat melukut di tepi gantang
ada lah..tsk. (ha, taktau maksud?? Google2. heh. )
Yelah, nak update pun kenalah cari intipati
yang bermanfaat sikit, kalau selalu update, tapi crap je, tak effect pun orang
tak baca entri kau, tak boleh jugak.. (owh,. Jangan lah ada yang sentap. Huu) .
kalau post entri mengarut marut, nanti kalau Allah tanya, ‘kenapa kamu bazirkan
masa orang lain dengan membaca entri kamu yang mengarut tu?’ haa,, nak jawab
apa? :/
Cut. Scene #2
Okeh. Nak cakap pasal. Erm2, TUDUNG. Isu sensitif
sepanjang zaman. Wait up! Mentang-mentang la nak cakap pasal benda-benda macam
ni, laju je kan
tangan tu nak kalih site lain. Meh2. Sini dulu.. hee..
Haritu, adalah tengok kat fb, satu video kawan
share lah. Pasal tudung, ustaz tu cakap, ‘biaq lah perempuan tu nak pakai
tudung lagu mana pun. Nak belit tengkuk ka, nak apa ka, biaq. Asalkan dia pakai
tudung. Tu, kat luaq ramai lagi yang tak pakai tudung tuh. Tu lagi kita nak
fokuskan. Umat sekarang ni, dah terkeliru mana yang perlu ditekankan dulu. Kalau
nanti, Islam dah berkembang, barulah kita tetapkan syariat-syariat tertentu
dalam memakai tudung.’
Okeh, tak salah kan pun apa ustaz tu cakap. Tapi, statement
dia tu menyebabkan ramai gadis-gadis semasa salah faham. Mungkin ustaz tu cakap
macam tu nak tarik orang yang tak pakai tudung untuk pakai tudung. Tapi, dah
jadi tak betullah bila rasa pakai tudung nampak dada tu macam okeh je. Nampak telinga
tu macam okeh je. Kain tudung jarang tu macam ok je.
Ramai je ni, hmm..orang yang masuk syurga
itu sedikit, tahu? dalam surah waqiah ayat 2 kan ada cakap, golongan syurga hanya sedikit
daripada golongan yang terkemudian. Check tafsir masing-masing. Ulama terjemahkan,.golongan
yang terkemudian yang dimaksudkan tu adalah golongan selepas Nabi Muhammad. Jadi,
kenalah tutup aurat dengan sempurna kalau nak masuk sorga. Huhu. Meh sini nak
tengok spesikasi pakai tudung sepanjang zaman.
Contoh spesifikasi ni ada disebutkan dalam
Quran,
hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan
tudung sehingga menutupi dada mereka’
hm..Kita nak ikut cakap orang ke ikut
alQuran? Dah terang-terang kan
Quran cakap macam tu? Jadi , tak boleh la kita nak pakai tudung
sewenang-wenangnya. Nak tunggu Islam berkembang, baru nak pakai ikut syariat,
kita tau ke bila Islam nak berkembang bila kat Malaysia ni? Macam mana nak
berkembang kalau kita tak ada usaha sedikit pun untuk kembangkan Islam tu? :/
duduk di Malaysia
yang aman permai ni, yang tak perlu kita nak berperang bagai, apalah salahnya
kita berkorban sedikit hawa nafsu, dan harta dengan pemakaian tudung yang lebih
baik? Fikir-fikirkanlah ye. Kalau nak ubah stage demi stage? Fine. Tapi, yang
wajib diikuti, amal selainnya dipertingkatkan.. ^^
Jadi, apa-apa pun, terima ilmu, hendaklah
dirujuk kepada alQuran dan hadis Sahih. Jangan telan bulat-bulat cam telan
cikodok. Nanti tercekik, kan
ke susah…. Eh?
Azam semester 2: pergi ke kelas dengan
menutup aurat dengan sempurna. Doakan ye kawan-kawan.
Gadis-gadis semasa, simpan ni dalam laptop pun okeh gak. Jadi peringatan, lagi best kalau dapat dapat sebarkan. Kershing2
pahala masuk.
0 comments:
Post a Comment